Di dalam media Nad_Zainal

Selain penampilan di media elektronik, Nad juga membuat penampilan media cetak sebagai penghias halaman depan beberapa majalah termasuk Remaja, URTV, Media Hiburan dan akhbar termasuk Berita Harian, Kosmo! dan Harian Metro. Di luar kerjaya lakonannya, Nad ialah pengasas produk kesihatan dan kecantikan miliknya, Audela by Nad Zainal yang dilancarkan pada 1 Mac 2016[61] dan setakat ini telah mengeluarkan tiga produk yang mendapat sambutan yang menggalakkan.[62][63]

Dari Mac hingga Jun 2015, Nad dilantik sebagai duta produk sandal keluaran Femesfactory selama tiga bulan. Menerusi kempen #FEMESxNADZAINAL 2015, beliau mempromosikan koleksi terhad yang mengetengahkan lima warna pastel iaitu merah jambu, biru, kuning, ungu dan hijau pudina yang mana ia dipromosikan di media sosial.[64][65]

Di awal penglibatan dalam bidang lakonan, bakat lakonan Nad bukan sahaja menjadi perhatian, malah setiap gerak geri, cara berpakaian dan penjagaan diri beliau turut menjadi ikutan peminat. Mengakui kecantikan ialah anugerah Tuhan yang ternilai, Nad berkata dalam temuramah bersama Sinar Harian: "Bagi saya cantik itu adalah satu perkara yang universal. Namun apa yang penting kita perlulah sentiasa nampak kemas, bersih dan mempunyai hati yang baik. Secara tidak langsung ia akan menampakkan kecantikan kita secara semula jadi. Kalau cantik muka sahaja tidak guna juga jika dalaman tidak cantik."[66]

Pelakon veteran Umie Aida menyifatkan Nad sebagai seorang yang ikhlas bekerja dalam bidang lakonan sambil mengakui melihat diri sendiri dalam jiwa beliau.[67]

Rujukan

WikiPedia: Nad_Zainal http://www.astroawani.com/berita-hiburan/zizan-raz... http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=1329099 http://www.budiey.com/filem-aku-haus-darah-mu/ http://www.budiey.com/senarai-penuh-top-5-anugerah... http://galaksi-media.com/semasa-femesxnadzainal-na... http://www.gempak.com/artikel/657/alahai-comel-sun... http://www.gempak.com/artikel/728/nad-zainal-selam... http://www.gempak.com/artikel/9962/nad-zainal-deda... http://herinspirasi.com/fesyen-kecantikan/nad-zain... http://www.imdb.com/name/nm8313914/